Selasa, 17 November 2009

Lagi 3 hari nak cuti sekolah...

Assalamualaikum...wbt...

Dah beberapa minggu aku tak menulis kat dalam blog aku ini...maklum la dah nak cuti sekolah nie sibuk dengan persiapan untuk macam2...minggu lepas sekolah aku sibuk dengan persiapan Hari Anugerah dan Kecemerlangan sekolah yang sudah lepas pada 12.11.2009 bersamaan hari kahamis yang lepas...

di bawah nie aku sediakan beberapa gambar untuk tontonan umum...

Banner untuk hari anugerah nie bukan aku yg buat...bos tempas dah siap kat kedai banner yg selalu GB tempah kat bandar segamat...thanks bos...ringan kerja aku...


nie aku...kerja tetap takder pencen...jurugambar sepenuh masa...semua gambar tu aku la yang amik...takkan gambar diaorg jer...gambar aku pun kena ada jugak...

perasmi disempurnakan oleh wakil PPD Segamat...En. Ajis Asnaban selaku Pegawai Untuk Sekolah Rendah...Beliau juga berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada penerima2 hadia di SK Spang Loi...


nie pulak budak2 tahun 5 dan 6 untuk persembahan coral speaking...menarik jugak persembahan mereka semua...lain dari yang lain...tak pernah dalam sejarah sekolah buat persembahan sebegini rupa...dilatih oleh Teacher Norlizam Bt Nahu...Hebat!!!

gambar budak2 penari zapin...di latih oleh cikgu Mas Diana Susah...persembahan yang lain dari yang lain juga...menarik dan kemas...


aku dan keluarga...dapat jugak bergambar dengan family...

Gambar budak2 kompang...dipimpin oleh ustaz noorzairi pain...tak sampai 30 minit semua budak2 nie dah dapat rentak untuk kompang mereka...setakat nak gi kenduri kawin nie sebelah tangan jer pukul pun dah kuat dah...

aku, cik noi dan zul...geng2 yang sekepala dengan aku...yang lain tak berapa sangat...nie la org yang selalu jadi balaci untuk angkat2 barang atau buat kerja2 berat (angkat batu..pasu...kereta..alihkan rumah...heheheheh)...kena kau orang..

team coral speaking buat latihan selepas di ganyang oleh penolong GB kerana persembahan tak mantap lg...

Penari zapin tengah menunjukan bakat mereka walaupun banyak step yang terlupa, tertinggal dan terlajak...

tahniah semua warga SK Spang Loi kerana berjaya menjayakan Hari anugerah kecemerlangan Akademik...di harap semua akan buat yang terbaik untuk hari anugerah yang akan datang...sehingga jumpa lagi di tahun hadapan...