Isnin, 11 Januari 2010

Birthday Isteri Aku kat Tg Malim (Proton City)

Assalamualaikum...

Pada 04/12/2009 - 06/12/2009 tahun lepas aku dan keluarga belah isteri telah pergi melawat adik ipar aku, zura di Proton City, Tg Malim, perak...dah lama jugak kami semua merancang untuk melawat si zura nie...akhirnya tercapai jugak hajat mak mertua aku nak pergi melawat anak keduanya tu...dari semenjak zura nie kawin kami sekeluarga tak dapat pergu melawat dia...Alhamdulillah...selesa rumah dia...dua tingkat lagi tu...tak tanya pulak kat zura berapa hinggit sewa rumah dia tu..

Aku, isteri dan mak dan bapak mertua aku bertolak dari Batu Kikir pada jam 10.00pg jumaat bersamaan 04/12/2009...kami kena berjumpa dengan adik ipar aku yang berada kat Kuala Lumpur kerana kami kena bergerak bersama ke Tg Malim...Maklum la ikut pemandu perempuan...lembab la sikit( ada la mcm siput sedut...hahahha)...dah la lembab, sesat pulak tu...bengang jugak la aku hari tu...tak selera aku nak makan...panas sangat hati aku...tapi nak buat macam mana...mereka tu adik ipar aku...tak faham lagi perangai aku ni yang tak suka sesat dan terhegeh-hegeh...

Walaupun kami sesat sampai ke tol Behrang...kami tetap sampai ker rumah Zura nie...agak sunyi dan menakutkan jugak nak masuk rumak Zura nie...tapi Alhamdulillah...akhirnya kami sampai jugak kat umah Zura...macam yang aku cakapkan tadi...besar rumah dia...selesa...layanan yang Zura nie berikan juga memang best...siap ajak gi pusing2 pekan Tg Malim lg (walaupun kami semua dah bosan tahap gaban)hehehehhe....mana taknya...bapak mertua aku sampai start motor sendiri gi round sendiri pekan Tg Malim...tak la besar mana...tak banyak tempat yang boleh dilawati...lebih kurang macam pekan Gemas jer...cuma yang buat gah kat Tg Malim tu ada Proton City dan kat Gemas ada kem Askar Terbesar di Malaysia...tu jer...

Kami semua balik pada hari Ahadnya...oleh kerana masa nak pergi dah terlajak dan tak dapat singgah restoren jejantas...masa nak balik tu kami dua buah kereta singgah la kejap...takut tah bila lagi nak singgah...hehehhe...pastu kami gi Maidin Subang...orang usah nak cakap la...macam semut....ramainya lah orang...nak cari parking pun susah...anak aku pulak bantainya meragam kat dalam Maidin tu...Banyak jugak barang yang isteri aku tak dapat nak beli ari tu...kesian dia...kami dua buah kereta sampai kat Batu Kikir jam 11.00 malam...penat usah la cakap...seminggu tak hilang...nasib la masa tu cuti sekolah...aku pun cuti panjang...dapat la aku berehat2 kat Batu Kikir...heheheh...thanks la sebab baca kisah ini sampai habis...

Kat bawah nie ada la gambar masa aku gi Tg Malim tu...











Jumaat, 8 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU...

Assalamualaikum...

Apa khabar kengkawan semua...lama juga aku tak membuat catatan kat dalam blog aku nie...bukan lah sibuk atau kerana ada hal lain...aku cuma dapat membuat cacatan kat dalam blog ini hanya apabila aku ada kat sekolah kerana di sekolah ajer aku dapat membuat cacatan dan luahan rasa ini...

Agak2nya bagaimana azam kita pada tahun ini...adakah kita dah mencapai azam yang tahun lepas???adakah perlu kita teruskan atau mengabaikan azam yang tahun lepas???...bagi aku apa pun azam kita untuk tahun ini diharap azam yang ingin ditunaikan tu biarlah yang baik2 aje...aku pun memasang azam yang baik untuk tahun ini...aku berazam untuk berfikiran positif dan berharap semua kerja yang aku buat dapat di siapkan dalam masa yang ditetapkan...

Apa pun...aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU...selamat berjaya...selamat meneruskan perjuangan hidup...selamat kembali bekerja bagi rakan2 guru di seluruh Malaysia...semoga kita berjaya mendidik anak2 murid kita menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan negara...