Khamis, 22 Oktober 2009

AKU DEMAM

Assalamualaikum...

Pagi2 lagi kepala dan tekak aku tak berapa nak elok...kepala aku berat sangat dan tekak aku perit dan bengkak...sukar nak bernafas...aku dah rasa lain macam jer sejak 2 hari yang lepas...tapi aku gagahkan jugak untuk menghadiri kursus pengurusan makmal komputer...kalau ikutkan hati aku, malas aku nak gi kursus tu sebab aku masih bercuti...tapi bos aku dah perintahkan aku yang kena gi...jadi terpaksa lah aku gi...

Rehat tadi aku dah suruh 2 orang murid tahun 5 gi amik tangga untuk panjat pokok kelapa nak amik kelapa muda...mak aku kata minum kelapa muda cepat baik demam...dah 2 kali mak aku call suruh minum air kelapa muda...tu pasal la aku kerah budak2 tu amik tangga...sampai kat pokok kelapa tu tegakkan tangga...aku tgk jauh lagi nak capai kelapanya...jadi dalam keadaan demam pun aku ler yang kena amik kelapa muda tu...bertarung dgn semut hitam pulak tu...banyak jugak yang menyelinap masuk kat dlm baju aku...

Skang nie aku dah abis mengajar...tekak makin perit...kepala makin berat...jam menunjukkan hampir pukul 12.00tghari...cabut jer la...ada mesyuarat pulak pukul 2.30ptg nie...kepala dah bedengap2 nie....nak balik ker tak nak...badan memang tak best nie...ikutkan hati tido jer nie...aduh....macam mana eksss...cabut jer la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.