Assalamualaikum...WBT...
semalam, 06.10.2009 den telah menjemput kengkawan satu sekolah den datang beraya ke rumah den kat rumah guru SK Mensudut Lama...pening jugak nak menyediakan menu bagi menjamu kengkawan den tu...semua mintak den buat menu yang lain dari yang lain...kalau menu mee goreng dan bihun goreng tu dah biasa..nasib baik isteri kesayangan den tu dah bagi den duit RM50 untuk membeli barang2 dapur untuk jamuan kengkawan den tu...
akhirnya kata sepakat diputus oleh den dengan isteri den...menu untuk jamuan semalam adalah sambal ikan sardin, goreng ikan masin, ayam masak kukup, sayur kobis campur, timun dan tomato mentah...
Untuk pasukan marhaban pula menunya adalah bubur kacang hijau dengan durian dan sagu mata ikan, nugget, kentang goreng roti untuk dicicah dengan bubur dan kuih raya sebab kuih raya kat umah den banyak lagi...takde sape yang nak beraya kat umah den...
Tugas mengemas dan masak memasak nie telah dibantu oleh cik sam dan cik abuk yang juga tukang kebun SK Mensudut Lama...mereka banyak membantu dari mula majlis sehingga jam 7 malam...bebanyak banyak terima kasih saya ucapkan kepada mereka berdua...tanpa mereka majlis ini mungkin tidak akan berjaya...
Ustaz Noorzairi dan isteri adalah tetamu yang mula2 sampai di rumah den...diikuti Norlizam, Zulkifly, Helmiazizul dan Miswadi satu kereta...kemudian kenderaan viva yang di pandu oleh Nurasyikin, En. Mazlan dan wak Omar sampai di perkarangan laman umah den...tanpa melengahkan masa upacara makan2 pun bermula...selesai makan nasi mereka makan bubur dan kuih raya pulak...tengah sedap mereka makan bubur, Cik Mahmud dan Cik Kah serta Wani datang 1 kereta...tengah cik mahmud menjamu selera, kak odah dan kawannya pula datang...dalam pukul 4 petang mereka beransur pulang....
Lupa den nak bagitau kat kau orang...den ado buek minuman istimewa buat semua yang mengunjungi jamuan dan majlis marhaban kat umah den...den buek air tembikai susu buek semuo...air batu 3 takung besi yang dulu2 tu...semuo kato air yang den buek tu best...terima kasih semua...
Majlis berlangsung selepas asar...kalam kabut jugak dibuatnya untuk menyediakan juadah bagi menjamu kumpulan marhaban tersebut...Dalam pukul 5 petang, kumpulan marhaban SK Mensudut Lama sampai kek umah den...den pulak masa tu baru nak mandi sebab baru lepas goreng nagget dan kentang goreng...pakai baju melayu warna merah den potang tu...apabila jam menunjukkan pukul 5.30 petang...semua guru2 dan murid2 SK Mensudut Lama pun berdedai2 pulang ke rumah...
Alhamdulillah selesai jugak majlis marhaban yang dianggotai oleh guru sk mensudut lama, sk agama mensudut lama dan murid2 nya...diharap pada masa kan datang majlis ini akan diteruskan bagi mengajar dan mendidik generasi baru ini tentang kebaikan marhaban dari rumah ke rumah ini...semoga kita berjumpa di marhaban yang akan datang...
di sini den ado la amik gambar untuk tatapan semuo...
amboiii..~ meriahnya... mcm kenduri kawin la pulak.. menu makanan pun byk.. sedap2x lak tu.. =)
BalasPadamala...biasa2 jer...time raya nie kena la jamu kengkawan makan sedap2...betul tak???
BalasPadam