Isnin, 20 Julai 2009

Kehidupan aku minggu lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar rakan-rakan bloger???harap sihat hendaknya...terasa lama pulak tak updates blog aku nie...

Kehidupan aku minggu lepas best jugak kerana aku telah memberi penerangan (in house trainning) kat kengkawan Sekolah Kebangsaan Spang Loi mengenai SSQS dan Emis Online pada 15/07/2009 bersamaan hari Rabu...kesemua guru2 hadir kecuali GB...ada mesyuarat katanya...selain itu aku jugak dapat berjumpa rakan2 JU EMIS ONLINE DAERAH SEGAMAT di PPD SEGAMAT pada 16/07/2009 bersamaan hari Khamis...bayak jugak perkara yang berkaitan yang kitaorang bincangkan...seronok dapat jumpa En.Shamsul, Pegawai Maklumat PPD Segamat...Kak CT Hairani, yang dah tukar kereta Honda City baru...jelos aku...Zainizam..Din Gelang Chincin..Fayad...dan ramai lg member Emis...petang keesokannya, hari jumaat aku tak sabar sabar nak balik Batu Kikir...nak jumpa baby girl aku dgn wife aku la...hari sabtu tu aku gi panjat pokok langsat dan pokok manggis...lenguh2 jugak kaki dan tangan aku...aku tengok tarzan tu senang je panjat pokok...rupa2nya memanjat pokok nie pun perlukan kekuatan dan semangat yang tinggi..kalau bapak mertua aku tu aku tengok dah mcm tupai...melompat selamber dia jer dari satu pokok ke satu pokok...hebat...itu jer yang terucap di bibir aku bila melihat bapak mertua aku memanjat...hari sabtu tu jugak dato dan datin balik ke Batu Kikir...tengok mak dia yang dah uzur tu..bukan main gembira nenek wife aku tu...mana taknya...dah 6 bulan anaknya tak balik...alasannya sibuk...sibuk sangat ker kita nie sebagai hamba Allah di muka bumi ini...tu pun lum panas bontot dah cabut balik...datin balik esoknya iaitu hari ahad...kemudian selepas datin balik anak sulung dan anak no 2 nenek wife aku balik...tu pun tak panas bontot dah nak balik...alasannya tak sihat...sibuk katanya...hai apa nak jadi la pakcik2 aku nie...mak yang seorang tu pun tak terjaga...marah tul aku...petang dlm pkl 5 tu aku balik ke palong 2...pagi tadi aku dari palong 2 la ke sekolah...aku ingat nak lepak mensudut dari hari nie hingga hari rabu...best tak???nak jimat minyak...tak terdaya aku nak berulang dari palong ke sekolah kebangsaan spang loi hari2 bai...apa2 pun...MALAS NAK CAKAP...

Selasa, 14 Julai 2009

DOA LEMBUTKAN HATI

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُْوْبَكُمْ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
Ertinya :
Katakanlah (wahai Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (ajaran Nabi), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ”.

Surah Aali ‘Imran : 31

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيتَِّيْ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ .
Ertinya :
Wahai Tuhanku ,
Jadikanlah aku (suamiku …) dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat , wahai Tuhanku perkenankan doaku .

Khamis, 9 Julai 2009

Lantun mak aku kena curi....

Assalamualaikum...hari nie aku dari rumah aku kat mensudut lama...awal jugak aku bangun pagi nie...pukul 5 pagi...sempat jugak aku buat sarapan dan minum pagi hari nie...menu sarapan aku pagi nie tak la istimewa sangat...meggie goreng dan air coklat panas...pagi-pagi lagi selepas aku sampai di sekolah semasa sedang mengemas makmal komputer, mak aku telepon bagi tau kat aku yang lentun (getah beku) mak aku kena curi kat mat pet(penagih dadah)...dalam ringkasan cerita mak aku tu mat pet tu mencuri lantun kat kebun getah ayah aku pada jam 9 malam dan menjual lantu itu pada jam 8 pagi tadi...ada jugak yang lucu dalam cerita mak aku tu apabila mak aku start menoreh mak aku tengok mangkuk lantun kat pokok getah tu kosong..."bocor ke mangkuk nie"kata mak aku...mak aku berjalan ke setiap pokok dan melihat mangkuk pada baris yang mak aku noreh tu dah kosong...sah kena curi...geram ader, marah ader, macam-macam perasaan...mana tak nya...dah 4 hari mak aku lapik...ader la rm 200 duitnya...tapi tadi masa aku call isteri aku dia cakap kena banyak bersabar...semua nie dugaan dari Allah...mungkin Allah nak uji hambanya...mungkin Allah nak beri rezeki yang lebih baik dan banyak...dari aku marah-marah tadi dah jadi cool semula...

Nie datang lagi satu masalah...nak pergi Mesyuarat Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan kat PKG Buluh Kasap hari nie jam 2.30 petang...malas nya pulak...ikutkan hati aku memeng malas nak pergi...pun kena 'sekolah' kat isteri aku tadi...isteri aku cakap," kita nie warga pendidik kena akur dengan perkataan 'saya yang menurut perintah' jangan buat perkara yang boleh membusukkan nama sekolah...jangan buat perkara yang kita tak selalu buat...jangan buat perkara yang salah...ingat, gaji kita tu dari mana...dari gaji tu la nak bagi makan anak bini..." ter'sekolah' jugak aku tadi...tapi lepas 30 minit aku mula maleh balik...maleh nak pergi...kejap jer kesedaran tu datang...sudahnya 'MALAS NAK CAKAP'...

Rabu, 8 Julai 2009

Assalamualaikum wbt... dan salam sejahtera...

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan
bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah
seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa
pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya.
Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah
seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan
harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk
Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah
perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah
gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu
meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula
ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu
pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam
gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,
sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk,
mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada
seorang Muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda
Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta
tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun
ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga
akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar
dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah
pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta,
"Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim."
Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di
wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun,
pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini
dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk
memalukan pemuda tersebut dan sekali gus
mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itu pun menerima
tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22
pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si
pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!
Sang pendeta pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang
tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada
empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada
enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada
delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan
yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas
yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat
belasnya. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun
tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksudkan dengan kuburan
berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun
masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu
yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab
dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang
diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari
batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan
dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12
ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah
sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum
dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca
bismillah ia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah
SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang
sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang
dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan
sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur
dan al-Quran.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika
Allah SWT menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh
lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan
tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak
melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu
yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul
Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan
malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung
'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang
diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang
bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah,
kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am:
160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah
Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat
Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan
(ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu
Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.'
Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."
(Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah
Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai
roh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, "Dan
waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing."
(At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan
Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk ke
dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni
ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah
kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami
tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia
dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf
berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu
semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai
adalah suara Keldai. Allah SWT berfirman,
"Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu
adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Salih dan
Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang
diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang
terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan
Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi
Salih, yang diazab dengan batu adalah tentera
bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah
Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara
besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman
Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu
sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting
mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di
bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari
maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan,
Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima
waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang
hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar
jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian ia pun mula
hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan
meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan
saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda
ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar
pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya
diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia
berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak
berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya
agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba
mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22
pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara
ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak
mampu menjawabnya!" Pendeta tersebut berkata,
"Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut
kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin
keselamatan anda.
" Pendeta pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An
La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar
Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja
itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah
menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan
Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang
bertakwa.

Isnin, 6 Julai 2009

Marilah sama-sama kita renungkan Harga seorang anak dan kereta..mana lebih berharga???

Marilah sama-sama kita renungkan
Harga seorang anak dan kereta..mana lebih berharga

ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan
diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula
pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama..... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Rabu, 1 Julai 2009

Mengantuk........................................................

Kalau cerita pasal mengantuk nie, boleh dikatakan semua orang mengalami masalah yang lebih kurang sama iaitu mengantuk.

Masalah mengantuk nie boleh terjadi kat semua tempat di dalam dunia nie. Kalau anda tak percaya aku cuba buktukan tampat-tempat yang sering kita lihat orang mengantuk nie ada.
1. Dalam kereta ketika sesak.
Seringkali kita melihat pemandu di kiri, kanan, depan, belakang menguap menahan mengantuk. Tak tahu la apa yang di buat kat mereka-mereka nie sampai mengantuk. Mungkin juga mereka nie memang kaki tido???entah la...tapi hati-hati. mengantuk boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.
2. Tempat-tempat awam contohnya di Hospital, Klinik, Taman Bunga,dan lain-lain tempat awam.
Kalau aku gi Hospital ari tu masa isteri aku bersalin. Memang ramai yang mengambil kesempatan tido kat surau la, kat bangku-bangku yang di sediakan oleh hospital untuk duduk. aku tak tahu la kenapa mengantuk benar mereka-mereka nie...jangan risau-risau..buat macam aku...time tido kita tido..time makan kita makan...
3. kat tempat kerja.
nie memang selalu aku tengok...mana yang kaki membuta tu, pagi-pagi dah menguap-nguap menahan mengantuk....kalau kita lepa sikit jer kang tau-tau dah hilang jer...tah kat port mana la dia landing agaknya...
4. Kat umah
Time cuti-cuti Malaysia nie...biasa la bagi orang-orang tertentu macam isteri aku yang baru lepas bersalin nie...pantang ader masa jer...tido ler...anak tido ibu pun tido..hehehehe

apa-apa pun aku tak dapat la nak menyenaraikan semua perkara pasal mengantuk nie pasal aku pun mengantuk...hehehehehhe.....bangun awal sangat kot(alasan)...sampai kat sekolah tadi jam 6.40pg...kalau sampai awal kat sekolah aku boleh la siapkan aper-aper perkerjaan yang belum di siapkan...mcm sekarang nie kelas tak ader...mata pun mula la mengantuk....macam nak di sendal dengan lidi penyapu jer mata nie...mengantuknyer.......