Rabu, 31 Mac 2010

TEMPAT KERJA YANG MENYAKITKAN HATI...

Assalamualaikum...salam sejahtera...salam 1 Malaysia...

Harap semua dalam keadaan sihatnya di hari yg indah lagi permai ini...tapi lain pula nasib aku pagi ini...istilah yang menarik bagi aku ialah 'menyakitkan hati'...kisahnya bermula apabila aku sampai ke sekolah...kononnya nak sarapan dulu...sekali kena buat SEGAK atau juga dipanggil ujian kecergasan untuk murid tahap 2...aku kena jaga bahagian unjur jangkau...tak kisah la...kerjanya mudah...aku sorang pun boleh kawal murid2...tapi sampai je kat murid tahun 5...mereka merungut sebab kena halau sebab berpakaian sukan semasa ke sekolah agama...apalah salahnya mereka terus berpakaian sukan..agama islam menuntut umatnya menutup aurat...murid-murid itu menutup aurat...bukannya semua...hanya 13 orang sahaja...kekangan masa menyebabkan latihan lembat dimulakan sekiranya menunggu murid menyalin baju untuk latihan petang bola baling...

setelah siap kesemua murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6...aku terus ke kantin dan mintak air teh tarik gelas besar...maklum la...bekal isteri aku bagi hari ini banyak...ada nasi goreng...ada nasi putih dgn lauk ikan sembilang sambal dan sayur kobis tumis...sedap dan menyelerakan...perasaan selesa dan bahagia itu hanya sementara apabila PGB 1 aku bersuara mengenai murid yang menjalankan latihan bola baling sesi petang...senarai nama dan surat kebenaran kepada sekolah agama tidak aku sertakan sedangkan surat itu telah aku siapkan dan akan aku hantar hari ini...mungkin silap aku jugak atas kelewatan surat itu selama 2 hari...selain itu isu baju sukan itu juga di timbulkan dalam pedebatan itu...mcm tu la manusia yang bodoh dan bangang...carilah jalan penyelesaian bersama-sama..jangan lah meletakkan kesalahan atas bahu orang sahaja...tidak ada penghargaan...tidak ada pujian...tidak ada semangat berpasukan dan ingin berkerjasama...hanya kutukan dan perasaan dengki...hanya tahu masalah dia sahaja...tidak pikir sebab kenapa aku buat begitu..jawapan yang diberikan memang mudah...murid-murid tidak berdisiplin...aku bukan jenis suka mendesak budak...aku bagi masa lagi kat budak-budak tu sembahyang dulu...aku bagi masa lagi untuk tukar pakaian...budak-budak tu dah datang untuk latihan pun dah kira bagus...

Masalah ponteng disekolah Agama itu telah lama...dan murid-murid sekolah agama membuat alasan untuk latihan bola baling pula untuk ponteng sekolah agama...aku tahu alasan itu...aku tak tahu la siapa yag menimbulkan alasan itu...agaknya sekiranya aku ikut apa yang Guru Besar aku cakap..masalah aku ini akan jadi lebih besar agaknya sekiranya GB aku minta agar latihan ini bermula dari januari hingga ke tarikh pertandingan...sedangkan latihan yg tak sampai 21 hari ini pun telah menjadi satu masalah yang besar...inikan pula nak melatih murid selama 3 atau 4 bulan...aku pelik la...kenapa semangat berpasukan tidak ada dalam diri guru-guru yang lama ini...kata mereka sudah banyak pengorbanan yang mereka dah buat...adakah aku juga akan menjadi seperti mereka???aku bukan minta sanjungan...aku minta kerjasama dari kawan-kawan guru di sekolah aku mengajar sekarang...kenapa mereka tidak membela nasib rakan-rakan mereka apabila ada masalah yang timbul...aku tahu aku bukan manusia yang baik...tetapi adakah mereka sudah cukup bagus dan baik...sekiranya kita melakukan kesalahan kita cuba untuk tidak mengulangi kesalahan itu...

Apa-apa pun hati aku sakit hari ini...memang bukan seorang PGB 1 yang bodoh dah bangang...aku geram dengan PGB 1 aku itu...pergi mampus la engkau...menyusahkan hidup orang lain ajer...kau rasa kau bagus sangat ker...asal ader masalah jer asyik sebut pasal susahnya jadi orang atasan...sepatutnya dia pikir la macam mana nak membela nasib orang bawahan...ini tak...asyik menyusahkan orang bawahan...asyik-asyik sebut pasal dosa dan pahala...dia tahu ker perbuatan dia tu dapat pahala ker dosa...Ya Allah...sekiranya aku nie sedang dizalimi...kau beri lah petunjuk kepada manusia yang sedang menzalimi aku itu...sangat menyakitkan hati perbuatan manusia itu tadi...semoga Allah yang dapat membalasnya...biar apa pun cemuhan...biar apa pun halangan...aku akan tetap di sini untuk mengajar anak bangsa aku...aku tahu aku bukan yang terbaik dan bukan yang sempurna...tetapi aku cuba jadi yang terbaik dan sesempurna yang boleh...Allah sentiasa bersama dengan ku...Amin...

Isnin, 29 Mac 2010

Setelah Sekian Lama...Aku Pelik La...

Assalamualaikum...salam sejahtera...salam 1 Malaysia...

Lama juga juga aku tak menulis kat dlm blog nie...terlalu byk urusan dan terlalu banyak alasan yg perlu aku redah untuk mengharungi kehidupan yg penuh pancaroba dan dugaan selaku manusia di akhir zaman...

sememangnye aku penat dan muak dengan perangai aku sediri dan perangai manusia-manusia di mukabumi ini...terlalu byk masalah...terlalu byk kepahitan...terlalu byk kesengsaraan...semuanya kerana kita ini bukanlah manusia yg sempurna...

tapi zaman sekarang semuanya dah berubah dengan mendadak...melayu dan islam semakin kurang kemelayuannya dan kurang keislamannya...zaman sekarang sudah tidak payah meminjam 'cd blue' atau 'video blue'...semuanya dah terhidan di depan mata...boleh tgk live lg...mcm mana pak aji tak naik gila meroyan...mcm mn kes-kes pembuangan bayi tidak berlaku...semuanya kerana institusi kekeluargaan semakin goyah dan menanti hancur...

Budaya ketimuran sudah tidak menjadi pegangan anak muda zaman skang...baju kurung..baju melayu...kain batik...kain pelikat...sampin...semuanya bukan lg pakaian harian muda-mudi zaman sekarang..sekiranya aku ingin melihat remaja perempuan ini berpakaian separuh bogel seperti tak cukup kain itu...aku hanya perlu duduk di stesen bas sahaja...setiap kali turun sahaja remaja perempuan itu...1 dari 50 orang sahaja yg berpakaian paling sopan...yang lain pasti menampakkan bahagian-bahagian yag mengiurkan itu..

Orag melayu sekarang mudah dan cepat berpuas hati...selesa di bumi sendiri...yang aku lihat di depan mata skang ini...isteri yg mencari nafkah...suami duduk di rumah menjaga anak...alasannya ada penyakit kronik...padahanya orang lelaki itu sihat walafiat...tidak ader masalah kesihatan langsung pun...aku pelik la...

Lagi aku pelik jika emak dan ayah zaman skang begitu mudah mempercayai lelaki atau perempuan yg ingin berkawan dgn anak mereka...alasan mereka anak mereka dah besar...dah pandai menilai...senang di hangkut kesana-kemari...pelik...pelik...tak sampai 2 bulan dah bunting budak pempuan tu...hubungan berlandaskan nafsu...aku pelik la...

Tah la...aku bukan perdana menteri...bukan pendakwah...bukan cerdik pandai...tapi aku pelik la...semakin teruk...adakah Malaysia yg mempunyai budaya ketimuran dan negara islam contoh akan menjadi seperti Amerika Syarikat...tolong la...biar la negara kita maju..minda penduduk di Malaysia pun kena la maju dari segi ketimurannya, hebat dari segi islamnya...semoga Malaysia akan menjadi negara yang terhebat dan akan tercatat di dalam sejarah dunia sebagai negara gemilang terbilang...amin

Isnin, 11 Januari 2010

Gi Port dickson...Best....

Assalamualaikum...

Aklu gi Port Dickson pada 20 - 21/12/2009 tahun lepas...Gi umah nenek belah ayah aku...dah lama kami sekeluarga tak tido kat sana...aku juga ada tujuan lain iaitu nak bawak anak aku tido kat umah moyang dia...sambil2 tu nak bawak anak aku gi mandi laut...memang dah lama aku bercadang nak bawak anak aku gi mandi laut...tapi banyak sangat program menyebabkan rancangan aku tu tergendala...

Aku gerak dari umah aku kat Mensudut Lama kerana aku kemas umah aku tu masa hari sebelumnya...cuti2 sekolah hari tu umah aku kat Mensudut Lama tu asyik ditinggalkan...kotor dan berhabuk...itu perkataan yang jelas yang aku boleh bagitau kauorg mcm mana keadaan rumah aku masa aku balik ari tu...siap jer aku kemas umah aku pada 20hb ari tu aku terus gerak ke Batu Kikir untuk menjemput adik isteri aku...kesian kat dia kerana cuti sekolah tak banyak gi berjalan...aku harap dia seronok mandi laut nanti...sempat jugak aku mencium tangan mak dan abah mertua aku...selepas itu aku terus gi Giant Senawang kerana disitu titik pertemuan aku dgn kereta adik aku...aku meneruskan perjalanan dan berhenti minum petang di sebuah kedai di Roundbourd Port dickson batu 5...Selesai jer makan kami semua terus menghala ker rumah nenek aku...

Malamnya selepas hilang penat aku satu kereta gi Fun Fair kat batu 5, Port Dickson...habis jugak la Rm 50 kat Fun Fair tu...manataknya isteri aku jugak bukan main seronok main buaian rantai panjang tu...kalau aku la kan...orang nak bai aku RM 1 juta pun aku tak nak...'Takut'....pengertian yang sangat mendalam...tapi bagi setengah2 manusia...mereka seronok dan mungkin dengan cara itu mereka melepaskan tekanan...apa2 pun memang seronok dan rasa nak main lagi jer...tapi sedar tak sedar ddah pukul 11.00mlm...dah la budak kecik tu ikut...mengamuk dia karang...pening kepala aku...

kat bawah nie ader gambar gi mandi laut jer...yang gi Fun Fair aku terlupa nak bawak kamera...






Birthday Isteri Aku kat Tg Malim (Proton City)

Assalamualaikum...

Pada 04/12/2009 - 06/12/2009 tahun lepas aku dan keluarga belah isteri telah pergi melawat adik ipar aku, zura di Proton City, Tg Malim, perak...dah lama jugak kami semua merancang untuk melawat si zura nie...akhirnya tercapai jugak hajat mak mertua aku nak pergi melawat anak keduanya tu...dari semenjak zura nie kawin kami sekeluarga tak dapat pergu melawat dia...Alhamdulillah...selesa rumah dia...dua tingkat lagi tu...tak tanya pulak kat zura berapa hinggit sewa rumah dia tu..

Aku, isteri dan mak dan bapak mertua aku bertolak dari Batu Kikir pada jam 10.00pg jumaat bersamaan 04/12/2009...kami kena berjumpa dengan adik ipar aku yang berada kat Kuala Lumpur kerana kami kena bergerak bersama ke Tg Malim...Maklum la ikut pemandu perempuan...lembab la sikit( ada la mcm siput sedut...hahahha)...dah la lembab, sesat pulak tu...bengang jugak la aku hari tu...tak selera aku nak makan...panas sangat hati aku...tapi nak buat macam mana...mereka tu adik ipar aku...tak faham lagi perangai aku ni yang tak suka sesat dan terhegeh-hegeh...

Walaupun kami sesat sampai ke tol Behrang...kami tetap sampai ker rumah Zura nie...agak sunyi dan menakutkan jugak nak masuk rumak Zura nie...tapi Alhamdulillah...akhirnya kami sampai jugak kat umah Zura...macam yang aku cakapkan tadi...besar rumah dia...selesa...layanan yang Zura nie berikan juga memang best...siap ajak gi pusing2 pekan Tg Malim lg (walaupun kami semua dah bosan tahap gaban)hehehehhe....mana taknya...bapak mertua aku sampai start motor sendiri gi round sendiri pekan Tg Malim...tak la besar mana...tak banyak tempat yang boleh dilawati...lebih kurang macam pekan Gemas jer...cuma yang buat gah kat Tg Malim tu ada Proton City dan kat Gemas ada kem Askar Terbesar di Malaysia...tu jer...

Kami semua balik pada hari Ahadnya...oleh kerana masa nak pergi dah terlajak dan tak dapat singgah restoren jejantas...masa nak balik tu kami dua buah kereta singgah la kejap...takut tah bila lagi nak singgah...hehehhe...pastu kami gi Maidin Subang...orang usah nak cakap la...macam semut....ramainya lah orang...nak cari parking pun susah...anak aku pulak bantainya meragam kat dalam Maidin tu...Banyak jugak barang yang isteri aku tak dapat nak beli ari tu...kesian dia...kami dua buah kereta sampai kat Batu Kikir jam 11.00 malam...penat usah la cakap...seminggu tak hilang...nasib la masa tu cuti sekolah...aku pun cuti panjang...dapat la aku berehat2 kat Batu Kikir...heheheh...thanks la sebab baca kisah ini sampai habis...

Kat bawah nie ada la gambar masa aku gi Tg Malim tu...











Jumaat, 8 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU...

Assalamualaikum...

Apa khabar kengkawan semua...lama juga aku tak membuat catatan kat dalam blog aku nie...bukan lah sibuk atau kerana ada hal lain...aku cuma dapat membuat cacatan kat dalam blog ini hanya apabila aku ada kat sekolah kerana di sekolah ajer aku dapat membuat cacatan dan luahan rasa ini...

Agak2nya bagaimana azam kita pada tahun ini...adakah kita dah mencapai azam yang tahun lepas???adakah perlu kita teruskan atau mengabaikan azam yang tahun lepas???...bagi aku apa pun azam kita untuk tahun ini diharap azam yang ingin ditunaikan tu biarlah yang baik2 aje...aku pun memasang azam yang baik untuk tahun ini...aku berazam untuk berfikiran positif dan berharap semua kerja yang aku buat dapat di siapkan dalam masa yang ditetapkan...

Apa pun...aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU...selamat berjaya...selamat meneruskan perjuangan hidup...selamat kembali bekerja bagi rakan2 guru di seluruh Malaysia...semoga kita berjaya mendidik anak2 murid kita menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan negara...