Jumaat, 29 Mei 2009

ASMA’UL HUSNA

1 *ALLAH
Jika inginkan doa lebih makbul bacalah 500kali pada larut malam selepas solat sunat hajat/tahajud.

2 *AR RAHMAN
Untuk mehilang sifat-sifat pelupa &gugup.
Bacalah 500 kali selepas solat lima waktu, bagus juga untuk penerang & ketenangan hati.

3 *AR RAHIM
Baca 100 kali setiaphari akan mampunyai daya penarik hingga orang suka kepada kita.

4 *AL MALIK
Baca 121 kali setiap hari agar pekerjaan kita mendapat keberkatan dari Allah.

5 *AL QUDDUS
Untuk menjauhkan diri dari penyakit dalam hati.
Bacalah 100 selepas tergenlincir matahari.

6 *AS SALAAM
Baca 136kali,jasmani dan rohani kita akan terjaga dari segala penyakit.

7 *AL MU’MIN
Untuk melingdungi keluarga dan harta benda dari segala ganguan bacalah sebanyak 136 kali.

8 *AL MUHAIMIN
Baca145 kali selepas solatisyak,hati akan menjadi terang,bersih dari masalah hingga mudahuntuk menhafal.

9 *AL AZIZ
Baca 40 selepas solat subuh selama 40 hari ,ki;isteri ta akan disegani,muliadan penuh berkewibawaan.

10 *AL JABBAR
Supaya tunduk dan patuh bacalah 226 kali.

11 *AL MUTAKABIR
Baca 662 kali, kita akandapat menundukkan semua musuh hingga mereka menjadi pembantu yang setia.

12 *AL KHALIQ
Baca 731 kali otakkita akan menjadi cerdas.

13 *AL BAARRII
Bagi menghilangkan masalah dan menyembuh penyakit yang dihadapi, bacalah 100 kali selama 7 hari berturut-turut.

14 *AL MUSHAWWIR
Untuk memperolehi anak ; isteripuasa tujuh hari(ahad-sabtu) ;suami tiga hari ;berbuka dengan air yang dibaca nama ini 21 kali ; jika bersetubuh baca 10 kali.

15 *AL GHAFFAR
Bagi diampunkan dosa, bacalah 100 kaali ketika menunggu solat jumaat di masjid.

16 *AL QAHHAAR
Bagi menjauhkan perasaan tamak dan alpa dengan kemewahan dunia, malah musuh akan sedar dan tunduk.Maka bacalah 306 kali.

17 *AL WAHHAAB
Baca 300 kali selepas solat akan dihilangkan kesempitan dalam hidup

18*AR RAZAAQ
Bacalah sebanyak mungkin selepas solat akan dimurahkan rezeki yang halal

19 *AL FATTAH
Untuk mudah menerima ajaran agama bacalah 71 kali selepas solat subuh

20 *AL ALIM
Dibaca 100 kali selepas solat wajib , maka akan diberi pengetahuan dengan sempurna.

21 *AL QAABIDLU
Baca 100 kali diri akan terasa dekat dengan Allah dan terlepas dari segala amcamam.

22 *AL BAASITH
Baca seberapa banyak yang boleh segala yang diusahakan akan berjalan dengan lancar.

23 *AL KHAAFIDH
Baca 500 kali dalam keadaan suci dan tawaduk, akan ditunaikan hajatnya dan musuh dan akan jatuh martanya.

24 *AR RAAFI
Baca 70 kali akan terjaga harta benda dan penjahat

25 *AL MU’IZZ
Baca 140 kali akan diberi kewibawaan

26 *AL MUDZILL
Baca seberapaa banyak yang boleh akan dimudahkan untuk mengutip hutang.

27 *AS SAMII’
Baca seberapa banyak yang boleh, doa akan mustajab dan pendengaran akan sentiasa tajam.

28 *AL BASHIIR
Baca 100 kali sebelum solat jumaat akan diterangkan hati ,cerdas otaknya dan selalu diberi hidayah.

29 *AL HAKAM
Untuk memudahkan menerima ilmu agama, baca 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci

30 *AL ‘ADLU
Baca 104 kali selepas solat lima waktu, agar diri kita selalu berlaku adil

31 *AL LATHIFF
Baca seberapa banyak yang terdaya agar jualan menjadi laris

32 *AL KHABIR
Baca seberapa banyak yang boleh, boleh dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah lama berpisah .
33 *AL HALIM
Baca 88 kali selepas solat lima waktu, kepimpinannya tidak akan tergugat.

34 *AL AZIM
Baca 12 kali akan disembuhkan penyakit yang sudah lama dihidapi.Juga akan dihindarkan dari gangguan setan dan sebangsa dengannya.

35 *AL GHAFUR
Baca sebanyak mana yang terdaya,akan diterima taubatnya.

36 *AL SYAAKUR
Baca 40 kali selepas solat hajat akan dimakbulkan hajatnya .

37 *AL ALIY
Tulis 110 kali;rendamkan didalam air sejuk; diberi minum kepada anak yang dungu agar mereka menjadi cerdas.

38 *AL KABIR
Baca 1000 kali selama tujuh hari berturut-turut selepas solat hajat atau tahajud; dikembalikan kedudukan yang telah lucut kerana fitnah.


39 *AL HAFIDH
Baca 99kali semasa di dalam agar dilindungi dari binatang buas

40 *AL MUQIIT
Baca sebanyak yang terdaya semasa di dalam hutan ketika sukar mendapat makanan agar dihilangkanrasa lapar dan badan akan terasa segar.

41 *AL HASIIB
Baca 777 kali setiap hari sebelum matahari terbit dan sesudah solat maghrib agar diteguhkan jawatan yang sedang disandang.

42 *AL JALIL
Baca 73 kali setiap malam (penghujung malam) agar diberi perubahan pada diri.

43 *AL KARIM
Baca 280 kali apabila hendak tidur agar ditinggikan darjatnya di dunia dan akhirat.

44 *AL RAQIIB
Baca50 kali setiap hari agar dijaga harta benda yang berada ditempat yang jauh.

45 *AL MUJIIB
Baca 55 kali setiap hari sesudah solat subuh agar doa akan menjadi lebih mustajab.

46 *AL WAASI’
Baca 128 kali ditengah malam aagar dihilangkan kesulitan yang dihadapi dan dijaga daripada orang-orang yang dengki.

47 *AL HAKIM
Baca 300 kali setiap agar dicerdaskan otak.

48 *AL WADUUD
Baca 1100 kali agar sentiasa bernasib baik, disukai orang kerharmonian rumahtangga.

49 *AL MAJIID
Baca 99 kali lalu dihembuskan dikedua tnagan dan disapukan keseluruhan muka agar ditenteramkan keluarganya dan disukai oleh hli keluarga yang lain

50 *AL BAA’ITS
Baca 100 kali dengan tangan diletakkan ke dada agar diberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah.

51 *AS SYAHIID
Baca 319 kali agar dilembutkan hati saudara kita yang suka membangkang.

52 *AL HAQ
Baca sebanyak yang mampu agar ditebalkan iman dan taat menjalankan ibadah

53 *AL WAKIIL
Bacalah sebanyak mungkin agar diredakan bencana alam yang sedang melanda.

54 *AL QAWIY
Eartinya Dialah Zat yang Maha Kuat dan tidak pernah merasa Lemah

55 *AL MATIIN
Baca sebanyak mungkin”Yaa Qawiyyu Yaa Matiin” agar dikembalikan semangat dan kekuatan sehinggan ditakuti oleh musuh.

56 *AL WALIY
Baca sebanyak mungkin agar kedudukan dalam pertubuhan akan lebih kukuh dan terhindar dari hasaad dengki.



57 *AL HAMIID
baca sebanyak mungkin sebagaai pengakuan kita bahawa Allah sahaja yang patut dipuji.
58 *AL MUHSI
bacalah sebanyak mungkin selepas solat agar menjadi golongan yang sentiasa dekat dengan Allah.

59 *AL MUBDIU
baca 470 kali agar segala yang dirancang akan berhasil.

60 *AL MU’IDD
baca 58 kali agar dimuliakan darjat di dunia dan akhirat.

61 *AL MUHYIY
baca 58 kali agar dimuliakan darjat di dunia dan akhirat

62 *AL MUMIIT
baca sebanyak mungkin selepas habis solat agar dilancarkan segala usaha yang dijalankan.

63 *AL HAYYU
dialah zat yang hidup dan kekal abadi.

64 *AL QAYYUM
baca 100kali “Yaa Hayyu Yaa Qayyuum” agar menperolehi kekeyaan yang berkat

65 *AL WAAJID
bacalah sebanyak yang terdaya agar mempunyai keperribadian yang tinggi dan teguh.

66 *AL MAJID
baca sebanyak mungkin agar dimudah kan menerima apa yang diajar.

67 *AL WAAHID
baca 190 kali selepas solat lima waktu selama sebulan berserta puasa (Isnin & Khamis) agar dikurniakan anak bagi yang sukar mendapatkannya.

68 *AS SOMAD
baca sebanyak mungkin ketika dalam kesusahan agar diberi kesegaran tubuh badan dan kekenyangan.

69 *AL QAADIR
baca 305 kali agar apa yang diinginkan akan berhasil.

70 *AL MUQTADIR
baca sebanyak mungkin agar dipercayai mungkin agar di percepatkan hasil yang diusahakan.

71 *AL MUQADIM
baca 184 kali agar segala usaha akan cepat berhasil.

72 *AL MUAKHIR
baca sebanyak mungkin agar ketaatan kepada Allah.

73 *AL AWWAL
baca 37 kali agar hajat akan dikabulkan

74 *AL AKHIR
baca 200 kali selepas solat selama satu bulan agar dibuka pintu rezeki yang halal dan berkat.

75 *ADH DHAAHIR
baca 1106 kali sesudah solat (selama sebulan) akan dibuka hijab dari segala.. rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76 *AL BATHINU
baca 30 kali sesudah solat fardhu agar bi beri pengertian kepada segala rahsia yang sukar difahami



77 *AL WALIY
baca sebanyak mungkin agar menjadi orang yang makrifat seperti seorang wali

78 *AL MUTA’AALIY
baca sebanyak mungkin agaar berjumpa dengan orang yang berkedudukan tinggi

79 *AL BAR
baca sebanyak yang mampu agar diterima taubat dan diberi nikmat orang-orang bertaubat

80 *AT TAWWAB
Baca sebanyak mungkin agar dimudahkan untuk kembali kejalan yang lurus dan diterima taubatnya .

81 *AL MUNTAQIM
Baca sebanyak mungkin selepas solat berenti orang yang suka membuat kezaliman.

82 *AL ‘AFUWW
Baca sebanyak mungkin agar menjadi kekasih Allah dan diampunkan segala kesalahan .

83 *AR RAUF
Baca sebanyak mungkai agar disenangi oleh temen -teman atau siapa sahaja yang memandang kita .

84 *MAALIKUL MULKI
Baca 212 kali selepassolat selama sebulan agar kukuh jawatan yang disandang .

85 *DZUL JALAALI WAL IKRAM
Baca 65 kali setiap hari selama sebulan agar segala hajat yang diingini akan terhasil.

86 *AL MUQSITH
Baca sebanyak mungkin bagi mendapatkan sifat adail dalam diri

87 *AL JAAMI’
Baca sebanyak mungkin agar dikembalikan saudara yang telah lari dari rumah .

88 *AL GHANIY
Baca sebanyak mungkin agar dikurniakan kekayaan yang halal dan berkat.

89 *AL MUGHNIY
Baca sebanyak mungkai agar diberi kekayaan yang bermanfaat di dunia dan di akhirat.

90 *AL MAANI’
Baca 161 kali ketika menjelang waktu solat subuh agar dihindarkan dari orang- orang zalim.

91 *ADH DHAAR
Baca 1001 agar disembuhkan penyakit yang dihidapi dan sukar untuk sembuh .

92 *AN NAAFI’
Baca sebanyak yang mampu agar disembuhkan penyakit dan memudahkan kehidupan harian .

93 *AN NUUR
Baca sebanyak mungkin agar diberikan kemuliaan dan memperolehi apa yang dihajati baik di dunia mahupun di akhirat.

94*AL HAADIY
Baca sebanyak mungkin agar diberi pentunjuk jalan ketika sesat

95 *AL BADII’
Baca 500 kali selepas solat agar apa yang dirancangkan berhasil.

96 *AL BAAQY
Baca sebanyak mungkin agar perkerjaan yang menjadi sumber kehidupan tidak akan tergugat dan andainya berniaga;keuntungan akan berganda

97 *AL WAARITS
Baca 707 kali setiap malam agar diberi petunjuk sehingga berhasil sewaktu menjalankan perniagaan atau pun pekerjaan.

98 *AR RAASYID
Baca sebanyak mungkin agar otak menjadi lebih cergas .

99 *AS-SOBUR
Baca sebanyak mungkin agar diberi kesabaran sewaktu menjalankan apa jua perancangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.